NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, December 14, 2012

Persiapan Kenduri Sambut Menantu

Jangan confuse lak, kakak aku yang nak menyambut menantu. Seminggu dua ni, baru aku berkejar menampal sticker pada botol yang akan dijadikan door gift. Alhamdulillah, tinggal satu kotak lagi. Sambil menatap citer korea online, sambil tu aku menampal sticker. Oh ya, jangan lupa tengok citer "I Miss You". Wow, citer ni memang power sampai aku tangkap leleh menonton setiap episod. Kelaslah hero dia berlakon dengan perasaan dalaman dia. Enterframe sat. 

Sambung balik persiapan door gift. 

Selepas ni, nak letak gula-gula dengan dodol dalam botol dan lekatkan reben. Untuk bunga telur, kakak aku sudah siapkan, Mengumpat PG sikit, beria-ia dia cakap nak suruh panggil dia kalau nak tampal sticker. Tetapi aku tak panggilpun, senang wak pelan-pelan sorang. Dia bagi alasan aku cerewet tapi sah, mesti malas punya. Memang Minah gabra, kalau kalut, mula lupa. Janji hilang ke laut...hahaha.

Bunga telur pula, kakak aku sudah siapkan. Dia bercuti di Oman, bosan duk sorang-sorang di rumah menunggu husband pulang kerja, dia buatlah satu demi satu. Caterer sudah ditempah, tinggal yang remeh lagi kot. Kad kahwin belum lagi diedarkan. Katanya aku in charge bahagian door gift serta satu lagi tugas penting masa kenduri. Aku rasa aku mesti curi tulang juga...masa kenduri tulah. Time tengahari memang wajib tidur unless aku buat keja office, mesti khusyuk, tak ingat ngantuk.

Botol yang ditampal sticker disusun semula dalam kotak.

Botol yang siap ditampal sticker.

Cakap pasal kenduri kahwin ni, teringat pak cik akupun akan menyambut menantu juga minggu depan tetapi aku tak sempat menjenguk lagi. Cuma dia rileks sedikit berbanding persiapan perkahwinan anaknya yang terdahulu disebabkan hotel sediakan segalanya. Cuma hanya membuat hantaran dan juga edarkan kad perkahwinan. So, okaylah kot tak jenguk-jenguk. 

btw, ini pesanan penaja buat PG yang akan sempat membaca blog ini, jangan lupa bawa balik thumbdrive, dah banyak file akak nak songlap ni.

2 comments:

  1. simple dan suke tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks...tak lama lagi nak isi gula-gula lak dlm botol tu.

      Delete