NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, August 2, 2012

Tuna Pasta


Kalau lapar, aku masak simple aja. Sekarang ni, beras sudah habis. Rasanya aku tak akan beli kot sebab nak jaga badan. Tapi pasta bersusun dalam almari, macam-macam bentuk dan begitu juga mee. Ada bihun, pan mee, mee tanpa goreng, mee siput dan juga mee lidi. Cuma menunggu tuan rumah rajin ke dapur sahaja. Cuma masalahnya nak cari bahan-bahan mentah. Kadang tu, malas juga nak beli bahan mentah terlebih dahulu sebab mood masak tak menentu.

Bahan-bahan

2 cawan pasta (aku campurkan macam-macam jenis pasta-terpulang)
1/2 tin cendawan - dihiris
bellpepper hijau, kuning dan merah-dihiris (1/2 biji setiap satu)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 batang carrot - disagat
1 tin cili tuna (185 gram)
sedikit parmesan cheese
sedikit serbuk lada hitam
daun ketumbar - dihiris
butter/margerin
Garam secukup rasa.

Cara-cara


Pasta direbus sehingga empuk. Toskan
Panaskan butter.
Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau.
Masukkan cendawan, bellpepper dan carrot.
Biar seketika (dalam 2 minit) dan masukkan pasta.
Masukkan cili tuna dan gaulkan diatas api yang perlahan.
Taburkan sedikit garam.
Akhir sekali, masukkan parmesan cheese, lada hitam, dan juga daun ketumbar.

Nota : normally, aku tak taburkan daun ketumbar. I prefer to put 1 stalk of daun ketumbar untuk dapatkan bau dan kemudian, buangkan.

Simple dan senangkan.



Trust In Relationship

Hari ni terasa sedih sangat. Really looking forward to break fast with Mr V but suddenly something coming up on his side. Sudahlah macam tu, marah-marah pula pasal tak pick up his call dan lambat angkat call. Terus tak ada selera nak makan time berbuka ni.

Kadang-kadang tak faham kenapa workload has become too much, it has changed to become a burden. So much that it becomes a nuisance to your personal life. I am tired that everything is about work. At times, I distrust his reasons, started to query his intentions and keep telling myself, no need to have someone like this in your life. But when he call late at night (sometimes, he was still at work), it makes me feel guilty. Especially when he sounds so tired. But then an evil instinct tells me maybe he is acting. Actually trust that I have towards him dissipates little by little. And that is the reason I want to break off coz I don't want the relationship that we have marred by bitter argument due to distrust. My rationale if we become friend, then I won't demand so much from him. 

I guess when a guy used to pamper you so much, calling you two/three times a day and always find time for you and so on, we would kinda miss it when they stop doing it. In my case, suspicions always creep in whenever he stop doing things that he used to. At times, i feel so insecure. And I miss his attention especially when I feel down, sick etc. That's why I think it is better for us to become best friend only. But my "best friend" term is different, I still want his attention. Ah...I am so sad today.


Wednesday, August 1, 2012

Murtabak Segera.

Agak lama tak blogwalking. Ada masa lapang, asyik mereview rancangan variety Korea "We Got Married" pasangan Goguma atau Yong Hwa (CNBlue) dan Seo Hyun (SNSD). Couple lainpun aku tengok tetapi couple ni memang menyeronokkan dari first date sehingga menjadi virtual married couple. Skinship dia orang pun natural. Oops, jangan station tv kitapun teringin nak buat macam ni sebab adegan pegang-pegang lelaki dan perempuan bukan muhrim ni tak bolehlah kalau muslim. Of course in reality, memang berlaku, hatta akupun ada terbabas(it is not an excuse though) but if we put in on air, it is like we are giving signals to teenagers/youngsters that skinship is okay.

Sebelum aku merapu jauh, hari ni, aku menziarahilah blog Cik Epal. Aku baca pasal murtabak maggi. Teringinlah nak cuba tetapi aku tak ada maggi. Mozarella cheesepun tak ada, parmesan cheese tu adalah. Nak juga buat. Dahulu, aku pernah cuba bila melihat bibik akak aku membuat murtabak maggi tetapi hampeh tak menjadi. Sengal betulkan, resepi yang senang begitupun tidak menjadi.

So, aku cuba juga. Selera orang berpuasa. Tak ingatlah tu kat orang lain yang tak ada makanan langsung untuk dijamah. Anyway, dah buat murtabak, itu sahajalah juadah aku berbuka plus dengan kuih nekbat dan air kosong. Air kosong sebab malas nak buat air.



Bawah ni resepi murtabak aku. 


bahagian bawah murtabak. 

Bahan-bahan

2 keping mee tanpa goreng (non-fried noodle)-aku guna Jusco brand
1 biji bawang besar - dipotong dadu.
1 sudu besar minyak masak
4 sudu besar serbuk kari
100 gm ayam dipotong halus-halus.
4 biji telur
4/5 biji cili padi dihiris. (optional)
1 sudu besar garam
1 sudu kecil garlic granules
1 sudu besar butter/margerin
daun salad
3 biji tomato cherry
parmesan cheese (or gunakan mozarella cheese macam cik Epal buat)

Cara-cara

  • Mee direndam sehingga kembang. Toskan.
  • Panaskan minyak.
  • Bila sudah pijar, masukkan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari. Biarkan seketika.
  • Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil. 
  • Bila sudah masak,tutup api dan masukkan mee yang ditoskan.
  • Gaulkan sehingga rata.
  • Sapukan butter pada kuali.
  • Susunkan daun salad dalam kuali. 
  • Susunkan tomato di atas daun salad.
  • Panaskan selama 1 minit.
  • Letakkan mee di atas salad ini. Susun cantik-cantik.
  • Telur dipukul dengan garlic granules, cili padi dan garam.
  • Tuangkan ke atas mee.
  • Kecilkan api dan tutup kuali.
  • Dalam 5 minit, buka penutup kuali.
  • Tekankan sedikit mee dan tabur parmesan cheese di atas mee tadi.
  • Selepas 5 minit, boleh balikkan mee ni.
  • Goreng lagi sehingga garing.

Murtabak ini tak seglamor macam Cik Epal. Memang besar murtabak ini sebab aku tamak. Sepatutnya aku rendam sekeping sahaja. Sebab itulah, besar bagak...hahahahaha. Masih ada separuh lagi dalam fridge. Rasanya esok, itulah juadah berbuka aku. Kalaulah aku tidak ke rumah pak cik akulah.

PG yang excited mendengar aku membuat murtabak terkedu bila merasanya. Katanya macam lempeng...yalah dia mesti ingatkan macam murtabak yang dijual di kedai. Untuk kali ke dua, PG tidak terkata apa bila memakan. Sebabnya bukan seleranya. Anyway, cubalah, you might like it. Taste you all tak semestinya sama macam PG.

Bila ingat-ingatkan, PG telah menjadi seorang lagi mangsa aku sebagai food tester new recipe.

Oh!!! I Hate Flu

Akhirnya apa yang aku dreaded the most happened. For over 1 week, aku kena flu, berjangkit dari PG.  Mind you, I lost my voice last Friday. Aku tengok PG teruk kena selsema everytime dia datang rumah aku. And I was really scared. Aku kept praying janganlah berjangkit tapi kuasa Allah S.W.T, tak siapa boleh menentangnya. lagipun jangkitan tu cuma penyebabnya tetapi sememangnya sudah tertulis it is my turn now nak kena selsema tu.

Biasanya kalau my colleague kena flu and it seemed worst, aku selalu berharap dorang dapat or ambil mc dan balik sajalah supaya tak spread the germ pada aku. Tak payahlah rajin nak bekerja. If they were my staff, aku prefer them to go home rather than sebarkan pada aku. Especially time deadline datang berbakul-bakul lemonnya. I could not afford to be on mc or leave. 

How it started? Out of blue, I found myself shivering with cold though no fan or aircond switched on and not even wind blowing from outside. Just it felt so cold. Though I have thick quilt covering me from head to toe, still terlalu sejuk. Kepala feel one kind, berat dan susah nak buka mata. Body aching. Then, fever comes and goes.  Flu is so terrible, I feel it is so unfair doktor susah nak bagi mc pada yang selsema. Selagi tak ada temperature, kerjalah kamu padahal sakit seluruh badan. Setelah in that condition for 3 days, finally the flu paid me a visit.

PG terkena lagi.

Aku sudah masuk ke bilik. Sementara melayan mata ni, aku nak menulis sikitlah pasal PG yang bengang dengan aku. Hehehe, PGlah yang memeriahkan hidup aku, apa tah lagi Mr V kian jauh. Memanglah aku consider sudah putus dengan dia but we still keep in touch. Sebenarnya, aku yang terhegeh keep in touch dengan dia but he doesn't care much. Anyway, I am happy not to pick up his call this evening (unintentionally coz I am busy with something. I saw 3 missed calls from him. Yes, rasa  cam menang aja. Luckily, Mr V never know the existence of this blog.) Knowing him he would be upset about it and won't call me anymore until I call him back.. Since tomorrow I would be very busy the whole day, I would call him on Thursday. Tapi yang paling best aku break up dengan Mr V tanpa dia tahu sehingga sekarang. On my side, we are friends only.

Back to PG, she is still out there, menyelesaikan tugasan dia. Bila nak balik nanti, dia kejutkan aku untuk lock the door. Kalau tak, dia akan tergelimpang di ruang tamu macam semalam. PG makan maggi aja untuk sahur sebab murtabak tu bukan citarasa dia.

Nak citer, sebenarnya PG bengang dengan aku sebab mempermainkan dia tadi. Sekarang ni, we all follow citer Bride of the Sun di channel 393, Astro. Ada satu character tu yang bernama James. Asalnya, dia ni boyfriend si heroin. Tetapi siheroin bangang tu alih-alih nak kahwin dengan lelaki tua reta yang kaya-raya sebab masalah family. Masa tengok tu, James berada di Amerika. Tiba-tiba PG tanya samada James sudah balik ke Korea. Aku rasa dia termiss part yang James sudah sampai di airport Korea. 

Aku tak beritau jawapan. Aku capai aja remote kipas dan berpura-pura talipon James, tanyakan dia di mana. PG memang bengang giler but she got the answer. James is in Korea now. Hahaha. That was fun. Dia kata akak memang jahat tapi ini blog akukan, aku nak cakap dia lagi sengal. Kalau attack orang, tak check facts tapi serang membabi-buta. Sebab itulah, dapat gelaran samseng...hahahaha.

PG, this is my blog. I can say anything.