Alhamdulillah. Hari ini selesai umat Islam di Malaysia menyambut hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadhan. My sisterpun balik kampung. PG balik kampung. Nampak gayanya aku sorang-sorang makan. Tak kisahlah. Nak pergi rumah my uncle di TTDI or AU3 pun malas. Saudara tak ramai di sini except my sister, my brother, two uncles and cousins. Ah ah, lupa, I have ramai cousin di sini juga. Saudara jauh jauh seperti nenek saudara, dua pupu, tiga pupu atau kupu-kupu tu ramailah. Tapi kami tak rapat sangat sebab family aku ni cuma kunjung mengunjung setakat adek-beradek my parents aja. Yang lain-lain tu kalau ada kenduri kahwin, doa selamat or kematian or terlajak sampai.
Anak saudara sorang tercampak di Teluk Intan. Baru aja mulakan tugas as doktor di sana. Macamanalah agaknya dia berbuka puasa tetapi dia dah biasa tinggal di asrama. Should be okay. Dan Farah pula, of courselah balik ikut Mama dia ke Kuala Terengganu. The rest anak saudara berada di Kuala Terengganu. Dengar khabarnya, mereka balik ke Jerantut(kampung mak mereka) untuk sambut Ramadhan.
Sebenarnya akupun dah biasa dulu berbuka puasa sorang-sorang. Lagi relaks kalau sorang-sorang as it is more simple. Just grab 1 or 2 slices of kuih, then solat maghrib. Kemudian, off ke surau. Balik tu, baru cari makan. But if family around, memang makan besar. Aku pula kuat minum air. Bukan posa ni, my favorite drinks are air tebu dan air kelapa. Coke tolak ke tepilah. Unless those two drinks tak ada. But most of the time, plain water. Kalau nak minum air panas, tunggu bila ke rumah my sister di Sg Buluh or balik kampung. Of course, favorite air panas is air kopi. Tehpun, okaylah. Cuma nak harapkan aku buat? Entahlah.
Sempena Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga dapat menunaikan banyak ibadah especially Solat Terawikh dan Witir. Sudah lama aku tidak ke surau untuk berterawikh disebabkan masalah lutut. Kalau tunaikan di rumah, selalu tertinggal dan tak merasa sangat kemeriahan berada di dalam jemaah. Ingat jangan membazir, nanti objektif berpuasa tidak kesampaian.
harap-harap masih belum terlambat lagi,
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan al mubarak.
semoga segala amalan dalam bulan ini diberkati Allah.
insyaAllah.
Hush, selamat berpuasa. Sayapun lama tak berblog.
ReplyDelete