NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, March 31, 2012

Sekaya sebagai buah tangan.

Pergi lawat pak cik aku yang baru keluar dari IJN. Sementara menunggu anaknya datang ambil, dia singgah kat rumah pak cik aku di AU3 tu. Kakak aku busy, so sorang-sorang aku pergi ke AU3, Keramat malam Isnin tu.

Aku bawa something untuk mereka ini. Pukul 7 petang tu, aku kacau telur dengan santan dan gula merah untuk jadikan sekaya. Sebenarnya, patut gunakan nisang (gula melaka Terengganu) tetapi stoknya enggak ada. Sekejap ajapun kukus, dah masakpun.

resepinya nanti ya. biar aku sukat betul-betul. Tak cantik sangat sebab nipis.

Aku buat dua loyang sebab nak bawa ke sana, untuk pak cik di TTDI, kawan aku yang rajin bawakan makanan dan juga kakak aku. Tapi member dan kakak aku dapat keesokkan harinya.

Yang tak bagusnya, bawa makanan manis untuk salah seorang  pak cik yang mengidap diabetes. Sudahlah member memang suka makanan manis. Tak patut betulkan tapi kami sukat kepingan yang boleh dimakan. Memang aku kurangkan gula untuk satu loyang tu.

Seronok bila pak cik aku puji sedap, texturenya bagitu enak, macam makanan diRaja. Apa lagi, kembang semangkuklah orang yang tak berapa pandai masak ni.

Jobstreet.com MCTF'12 (career fair)

Kelmarin, aku temankan member aku pergi ke career fair anjuran jobstreet di Midvalley. Adek-adek yang baru graduate, masih belajar atau sedang mencari pekerjaan, pergilah. Atau yang masih nak buat job-hopping macam aku, parents ke, pergilah. Samada register via jobstreet or kat situlah. Senang aja register online. Kelakar pula dok pakai bracelet yang dibagi. Limitedke tempatnya?

Career fair ini diadakan dari bermula 30 Mar hingga 1 April 2012. Bersebelahan pula, ada education fair di hall 3. Banyak syarikat mengambil bahagian dalam career fair ini. Diantaranya ialah Nestle, Panasonis, HP, AEON, Top Glove, bank seperti Affin, Maybank, CIMB dan F&N. Bolehlah anda survey pasal company dan mengetahui serba sedikit pasal company dan hala-tuju mereka. Aku ni tak pernah tanyapun hala-tuju company, asyik fikir reward, reward...jangan tiru. Namun, aku tak buat macam itulah masa di career fair.

Service kereta di MH Prestige, Sri Damansara

Sejak berada di sini, MH Prestige menjadi pilihan aku untuk menghantar kereta diservis setiap bulan. Senang, dekat dengan rumah. Lagipun macam suka dalam paksalah sebab mereka ini dikira authorised service agent sepanjang period warranty. Nantikan hantar pada sebarang workshop, lucut pula warranty. tetapi gamaknya, aku kena continue untuk 5 tahun kot sebab bateri IMA ni. 

First time cari pusat servis ni, aku mengamuk juga. Direction yang diberi macam apa aja, sudah nya ku berpusing hampir sejam aja. Padahal, tak jauhpun dari jalan masuk ke old Sri Damansara. Sepatutnya, cakap aja, sampai simpang tiga belok kanan. Hujung sekali, belok kanan dan terus sehingga nampak building di sebelah kanan. Itu cerita dululah.

Aku suka sebab mereka akan menghantar sms mengingatkan masa untuk diservis telah tiba. Layanan okay. Since dah dapat reminder dan cukup masanya, aku buat arrangement untuk servis kereta pada hari Khamis lepas. Tak buatkan, apa-apa yang rosak, aku yang salah. Kalau tak nak tunggu, boleh aja tinggalkan, Bila dah siap, mereka akan sms kita walaupun kita berada di sana. Yalah, dari duk menganggur kat sana, kita buatlah kerja kita. tetapi tak silap aku, mereka ada wifi. Oops, x confirm. Kalau terpaksa menunggu, bolehlah surf internet. Walaupun kita book pada masa sesekian, tak akan siap cepatnya. Tempahan hanya untuk memastikan ada tempat pada hari tu. Tetapi boleh juga walk-in tetapi bergantung kepada availabilitynya. Kalau dah penuh, saja-saja kena balik kan. So, better buat booking.

Bila Nafsu Menguasai Diri

Ini yang membuatkan aku malas nak baca berita. Bila baca aja, adalah kisah kanak-kanak jadi mangsa penderaan fizikal, emotion dan yang paling menyampah seksual. Ada juga kisah bayi yang ditinggalkan atau dibunuh. Apa dosa anak-anak ini dibuat begitu?Sampai ada yang sanggup membunuh atau mencederakan mereka?

Kanak-kanak ini seumpama kain putih yang dicorakkan oleh ibubapa, keluarga dan persekitaran. Jagalah hati suci mereka dan lindungi mereka. Yang menghairankan ada juga golongan yang sepatutnya melindungi mereka tetapi sebaliknya, mengambil kesempatan melakukan penderaan terhadap mereka. Dimanakah perasaan kasih-sayang kita? Kita dikurniakan akal agar dapat mengawal nafsu. Tetapi kenapa kita bersikap seperti haiwan. Mmmm, haiwanpun Nila Nafsu Msayangkan anak.

Pokok-pangkalnya, iman di dada perlu dipertingkatkan. Keimanan ini yang akan mendorong kita ke arah kehidupan yang lebih sempurna. 

Friday, March 30, 2012

Keletah Dua Gadis Cilik Yang Menghiburkan

Tetiba aja, rasa sedih. Mula teringat kanak-kanak riang di kampung. Kelmarin aku called anak adek aku. Tiba-tiba sikecik@angel@ain bertanyakan tentang running man,  So, hari ini, aku calledlah untuk mengingatkan pasal running man. Tambahan pula Big Bang tetamu jemputan.

Teringat pula pada Princess. Sudah mengantuk rupanya dia. Macam biasalah, tak ada member dan siangnya penuh aktiviti, mesti awal tidurnya. Anyway, kami sempat bersembang. Seronoknya tanya dia pasal pembelajaran Al-quran. Princess ni sama-sama belajar dengan Ain di rumah Ain. Dia beritahu dia terpaksa sebut sebab Ain tak pasti sebutan. Komennya, "Ain nak jadi ustazah tetapi eja/sebutan Al-Quranpun tak pamdai." Akupun ikut sama gelak.

Bila bercakap pasal cita-citanya, dia kata masih nak jadi doktor. Tiba-tiba, dia ubah fikiran seperti cadangan aku untuk menjadi guru. Ialah, jadi guru, boleh temankan Mamanya di kampung. Princess tertawa riang bila aku sebut tentang gelarannya bila menjadi guru. Lagi seronok bila aku berkata murid-muridnya mesti memujinya sebagai guru yang baik dan cantik. Perasanlah tu. 

Hilang perasaan sedih bila bercakap dengan mereka ini. Sungguh menghiburkan.

Salah akuke?

Agak lama tidak menulis di sini. Bukannya sibuk sangat tetapi sibuk menonton Paradise Ranch. Kalau dalam mood citer Korea ni, susahlah sikit nak menulis.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang kedatangan tetamu ke rumah yang tidak dibenarkan masuk oleh sekuriti. Apartment aku tinggal ini disediakan sistem interkom yang menghubungkan guard ke setiap unit. Ini antara ciri keselamatan yang membuat aku berminat memiliki rumah ini. Maknanya setiap tetamu akan diskrin oleh guard sebelum dibenarkan masuk ke bangunan kami. Seperti biasa, ada juga yang terlepas menyelinap masuk apabila access door dibuka oleh penghuni.

Bila aku tinggal semula di sini, mereka mengamalkan sistem mengisi form dan kadangkala menyuruh pelawat meninggalkan kad pengenalan atau identiti yang lain. Sudah tentu pelawat seperti kakak aku merungut. Dan aku juga merasa pembaziran kertas berlaku dan apa jaminan pelawat ini memang benar-benar pelawat yang diundang?  Maka setiap kali aku kena menandatangani form itu, aku mesti meninggalkan komen supaya interkom digunakan. Sebabnya seperti yang aku katakan dan juga bosan mendengar orang mengomel mengenai peninggalan pengenalan diri dan form. Lagipun, kenapa tidak digunakan sahaja interkom ini yang mana caj penyelenggaraannya termasuk dalam caj bulanan penyelenggaraan kami.

Monday, March 26, 2012

Asam Pedas Ikan Talapia (Style Terengganu)

Ini asam pedas yang mak aku selalu masak. Bagi aku, memang tak ada orang boleh challenge masakan asam pedasnya. Masalahnya mak aku ni masak campak-campak. Orang experience dah, dia boleh rasa yang mana kurang. So, aku pun masak macam tulah. Selalu tak menjadi. Tetapi  aku cuba jadikan resepi, mana tau cucu sedara nak belajar masakan eksotik Terengganu kan.


Bahan-bahannya

2 ekor ikan talapia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
sesenduk lada lumat
semangkuk air asam jawa (1 sudu besar asam jawa)
sedikit belacan
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  • Ikan talapia dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa serta garam untuk menghilangkan hanyirnya.
  • Kalau ada kulit lemon, gosok-gosokkan pada ikan talapia. Ini unutk menghilangkan baunya.
  • Bawang putih, bawang besar, bawang merah dan halia dikisar.
  • Panaskan minyak. Bila sudah pijar, masukkan bahan yang dikisar.
  • Bila sudah naik baunya, masukkan ikan talapia dan air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan.
  • Tambahkan sedikit air sekadar untuk menutupi ikan itu.
  • Biarkan sehingga kering airnya. (kami panggil proses ini proses mati air). Boleh nampak pecah minyak.
  • Masukkan air sebanyak 750 mililiter. Anggaran sahaja.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Bila mendidih, kecilkan api.
  • Biarkan seketika. Selepas itu, bolehlah ditutup api.
Selamat mencuba. 


Sunday, March 25, 2012

Nasi Dagang

Nah, ini dia all-time favorite orang ganu kita, Nasi Dagang Terengganu


Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan
3 1/2 pot (tin susu kecil) beras Siam (1 cupak)
1/2 pot beras pulut
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
1 sudu kecil halba
3 ulas bawang merah dimayang
1/2 inci halia dihiris halus
2 cawan santan cair (untuk arong nasi) - (santan pekat yang dicairkan 4 kali)

Cara-cara
  1. Rendamkan beras siam dengan beras pulut semalaman.
  2. Toskan beras yang direndam.
  3. Kukuskan sehingga keluar wap. (anggaran sejam)
  4. Angkat dan arong (gaul) dengan santan cair. 
  5. Kukus sekali lagi sehingga keluar wap. (jangan lama sangat sehingga pecah perut)
  6. Angkat dan gaulkan dengan santan pekat, garam, sedikit gula, bawang merah, halia dan halba.
  7. Gaul dan tekan sehingga permukaan nasi nampak berkilat.

Rehat di Zam-Zam Restaurant

Sepanjang pagi ni, kerja aku menyambung tidur aja. Penat balik lambat semalam. Pukul 1 pagi baru sampai di rumah. Mesti guard ni kata, kakak tu, asal keluar aja, mesti balik lewat malam. Bukannya merayau mana-manapun, cuma rumah pak cik atau kuar makan-makan dengan sedara. 

Bangun, jenguk-jenguk dapur sat. Buka tv, terpejam mata. Bangun lagi dan tertidur. Begitulah aku. Bosan tetapi malas nak memandu kuar. Tiba-tiba talipon berbunyi. Rupa-rupanya kakak aku. Dia beritahu nak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dah jadi tempat favorite dia. Kakak aku ni suka letak manik di baju-baju dia. Dia suka pergi kedai sini, katanya berkualiti. Kedainya terletak dalam bangunan bersebelahan frenz hotel.

Sementara menunggu, kakak aku belanja minum-minum di Zam-Zam Restaurant. Minum-minum ni termasuklah order makanan juga. Thank you sis.

Mee Calong Special Buat Pesakit di IJN

Kelmarin pergi melawat pak cik aku di IJN. Ini yang datang dari Terengganu nak visit adrk yang dimasukkan di IJN dan juga seorang lagi yang nak menjalani endiogram di UH (PPUM). Akhirnya dia pula scheduled kena buat endiogram this Tuesday untuk memeriksa condition jantungnya. Asalnya dia pergi ke Hospital Selayang tetapi minta dipindahkan ke IJN.

So, aku masaklah bihun calong. Kira special sikit sebab aku buat juga calong udang. Ingat nak hantar pada uncle yang baru keluar dari IJN di Keramat. tetapi my niece pula call ajak makan di Pha-pha Garden. Orang nak belanja, pergi ajalah. Lepas tu, nak jenguk anak buah di HUKM pula. Next week, dia akan menjalani exam yang last iaitu klinikal test. Semoga dia lulus untuk menjadi seornag doktor. Jadi, aku pack untuk dia tetapi melawat pak cik aku di Keramat tu, kami cancellah.

 Calong udang. 200 gram udang tak banyak sangat boleh dapat. Aku ulikan dengan 5 sudu tepung jagung.

Calong ikan. This time, aku campurkan sekeping ikan tenggiri, sekeping ikan merah dan 6 ekor ikan kembung. Senang sikit untuk membentuk.

Sudah masakpun. Kaler merah tu, calong udang. Putih-kelabu tu, calong ikan. Mee calong ni ringkas aja tetapi renyah nak membuat calong aja. Resepinya bolehlah klik di sini.

Semalam dapat bungkuskan untuk pak cik di IJN, di TTDI, kakak aku, my niece dan my nephew. Sikit-sikit aja, aku bukannya rajin sangat nak memasak. Oops, bukan malas sangat tetapi malas nak mengemas selepas itu. Masak tu, bolehlah.

Saturday, March 24, 2012

Egg Over-Easy

Aku pernah terbaca Usher suka makan egg over-easy. Akupun mulalah menggeledah you tube mencari cara yang paling kreatif memasak egg over-easy. Lagi satu, setiap kali aku balikkan, sure telur kuning pecah. Kenalah belajar, mana tau suatu hari aku berpeluang hidangkan breakfast untuk Usher. PG mesti kata gedik tak boleh tahan. Jom layan video di bawah.


Ada lagi satu cara tapi ni macam tipu aja - taklah, trick nak senang. Tak payah susah-susahkan  nak flip. Kalau tak balik, mesti tak ada kesan gorengkan. Nampak macam egg sunny side-up aja.


Tapi kalau kau orang dah pandai buat telur mata lembu atau telur mata kerbau, tak payahlah belajar. Telur mata lembu tu tak payah nak balikkan. Atau omputih panggil egg sunny side up. 


Apa-apapun, aku suka telur separuh masak tapi susahlah nak buat. Samada telur tu telur putih cair instead of lembik atau dah 3/4 suku masak, Berkali-kali belajar, susah nak pass. Ingat masa duk asrama dulu, kalau they all served telur separuh masak as breakfast, mesti aku pergi. Lepas tu bukan makan 2 biji tetapi hah tu, 5/6 biji. Siap gaduh dengan kakak dewan makan. Buruk lantakkan. Tapi okay apa, time telur rebus, scrambled egg, aku tak layan. Kira qadalah tu. Okaylah, aku nak prakis telur over-easy ni. Nanti bolehlah aku ajak Usher breakfast.

My Bad

I almost hit someone's car this afternoon at traffic light. I hit the red light and was on the phone while driving. I am so lucky that I wasn't panicked and able to brake in the nick of time. Of course the other driver was not happy. I think he is so pissed off with me. He managed to brake the car in front of my car. With our car stationary on the road, both of us looked at each other. Thru the window, I can see he is glaring at me. If look can kill, I would die on the spot. Myself? Just keep gazing ahead. I am so panicked when I noticed the traffic light was red. And it doesn't paint nice picture with my handphone in my hand fixed next to my ear. Aiyyo, kalau betul-betul itu kereta kena langgar, I would be in hot soup. But I was really in a shock state. So shock, I forgot to apologize. My fault but still I want to say this, where on earth you can have traffic lights so closed to each other (my guess 2 cars length ) that separate both traffic lights. You got me confused and still it was my fault as I was busy on the phone rather than focus on my driving.

Friday, March 23, 2012

Creamy Mushroom And Tomato Soup



Hi. Selamat Sejahtera. Anda begitu sibuk sehingga tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan? Lapar? Tetapi malas nak menapak. Kalau call delivery, banyaklah pula, kan, kan. Ini solutionnya, soup segera.

Creamy Mushroom And Tomato Soup

Bahan-bahan
2 spoon olive oil
400 gm daging kisar (ayam or beef)
1 can campbell tomato soup (dlm 420 gm)
1 can campbell cream of mushroom soup (dlm 300 pm +)
1 can Prego sos spaghetti carbonara (dlm 300 gm plus)
2 mug air
1 stalk celery
100 gm bunga kobis
1 batang carrot
100 gm brocolli
2 helai bay leaf 
Paprika
Black Pepper
garam

Cara-caranya:
  • Nyahbekukan daging kisar (kalau beli yang forzen).
  • Ramas-ramaskan daging itu supaya bila masak, tidak besar ketul-ketulnya.
  • Panaskan olive oil.
  • Masukkan daging kisar dengan bay leaf. 
  • Goreng sehingga daging tidak berair lagi.
  • Masukkan mushroom soup, tomato soup dan spaghetti carbonara.
  • (Spagetti carbonara membuatkan soup terasa lebih creamy dan seakann cheesy, mmm yummy)
  • Masukkan air. Kacau biar sebati.
  • Bila mendidih, masukkan celary, carrot, bunga kobis dan brokolli. (boleh diganti dengan mixed vege).
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Taburkan sedikit paprika dan pepper.

Senangkan. Sudah siap. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan roti. Your bodypun boleh berehat dari diasak dengan nasi sahaja.

Thursday, March 22, 2012

Merdeka

Yes! Sudah habis exam tapi hancuslah. Confirm kena ambil lagi sekali. Rasa macam corporate tax sudah cukup prepared, rupanya lupa, Personal taxationpun ingat-ingat lupa. Mak oi....soklan percumapun tak boleh nak jawab. Bajet unilateral, bilateral dan incentif akan kuar. Tengok agriculture, mining dengan offshore, alih-alih kuar pasal association. Tak ke mati kutu.


Langit cerah, result aku cerahke nanti? Result secerah inike? Minta-mintalah lulus, kalau tak, kena ambil lagi. Duit kena keluar lagi. Tetapi aku yakin.....kena ambil lagi sekali, Itulah banyak main-main. Menyesal, entahlah, sedih adalah tetapi kalau kena ambil lagi, maknanya delay lagilah nak buat masterkan.

Wednesday, March 21, 2012

Result SPM

Hari ini result SPM dikeluarkan. Aku pula nak pergi ambil exam. Tak sempatlah nak calling-calling tanya result anak-anak member. Anak-anak sedara dah lepas semuanya. Tinggal batch bawah yang mana tahun ini baru nak ambil PMR dan UPSR.

Semoga result SPM seperti yang dijangka semua. Sekiranya anda kecewa dengan result ini, jangan putus asa. Masih ada masa untuk menebus kegagalan yang boleh dilakukan di kolej. Sekiranya anda perlu mengulang semula, jangan rasa rendah diri, buatlah dengan yang terbaik.

Tuesday, March 20, 2012

Rehat sekejap

Esok nak exam. Boleh ingat tak? Bertawakal ajalah. Kita dah usahakan.
btw, kena cari map di mana exam akan dijalankan. Takut tersesat.
Nak relax, selalunya kalau relax tu cuci mata di mall atau jadi couch potato tengok tv or lepak di balconi.
Sebab nak exam, mall dan couch potato tu ruled outlah, so kita teropong keluar sat.

Lawatan Hospital

Kelmarin aku dan kakak pergi menjenguk pak cik di IJN. Petang sebelumnya visit another uncle di Hospital Serdang. Bergilir-gilir adek mak aku ni. Mulanya adek yang kedua dimasukkan di IJN sehingga sekarang. Kemudian yang bongsu di hospital Universiti menjalani endiogram sebab nak kesan nak cek saluran darah. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa. Memandangkan wad penuh, dibenarkan keluar pada hari yang sama. Berehat di rumah sahaja.

Alih-alih, dapat panggilan last week yang adek mak yang pertama pula masuk wad sebab jantung lemah. Masa kami melawat dia petang tu, dia nampak sihat dah. Elok aja makan dan siap tunjukkan kicap dengan lada yang diseludup masuk...supaya selera makan katanya. Hospital Serdang tu cantik tapi mak ooi, jauhnya nak berjalan ke wad dari lif. Kelakonya kami ingatkan visit hours di wad CHDW tu dari pukul 6 - 8 ptg. Sedang seronok sembang, misi kata dah kena keluar sebab visit hours habis pukul 6.15 ptg. Rupanya ia bermula dari pukul 4 ptg. Tapi tak bestlah wad campur-campur laki perempuan ni. Nak buat macamana, kat sini kiranya wad untuk observationlah.

Yang diIJN dah dipindahkan ke wad lain sebab dah beransur pulih. Wad nipun campur juga, kira untuk observation juga. Kira dah pulih, boleh keluar dari CCU. Good news, selepas doktor observe, tak payah buat dialysis, cuma kena jaga jumlah air yang yang diminum tak melebihi 2 botol kecil air mineral sehari. InsyaAllah pak cik aku boleh keluar esok.

Sekarang ni nak dengar cerita yang sedang diwadkan di Hospital Serdanglah. Sebenarnya dia datang nak tengok pak cik aku di IJN ni. Bukan main lagi dia kata dia sihat. Lepas tu beria-ia menemani adeknya menjalani endiogram. Akhirnya dia yang sakit. Kami dah cakap suruh dia berehat. So, tinggal dialah pula di Hospital. Tengok-tengok, nanti kena pindahkan ke IJN pula. Harap-harap janganlah. Kesian pula.

Bila tengok besar-besar hospital ni; Hospital Serdang, IJN dan Pantai Medical (sampaikan 2 towers), aku cakap kat my sister, besar hospital ni, ramai bebeno orang sakit ya. Sakit teruklah. Sakit biasa tu ramailah, sakit beli mcpun ada kan, kan...hahahaha. Kalau aku, sakit perut memanjang. Mesti bos aku pelik. Nak buat camner, kalau makan, tak ingat yang perut ni sensitif. Sepanjang hidup aku ni, rasanya 3 kali masuk wad. Tapi sekali masuk tu, paling kurang seminggu dan aku selalu negotiate nak balik. Boring, lagi best hospitalised kat rumahkan. 

1st masuk sebab sakit perut dan diorrhea tetapi doktor syak taun, tak pasal-pasal kena tahan. Aku nak cabut (tau ajalah wad taun tu macamana) tetapi ayah aku sudah talipon kakak aku untuk pastikan aku di situ. 2nd sebab minor surgery. Since gatal nak balik awal after 1 week di hospital, hari-hari kena menapak ke hospital untuk cuci dressing dan check-up. Tetapi sempat merayap naik LRT ke sana ke mari, sesekali bila rasa nak pitam, aku stopped dan berpaut di railing. Masa tu orang tengok aku semacam,aku bajet muka aku pucat sangat sebab memang lain macam aku rasa. 

3rd time entah sakit apa, demam berpanjangan tapi doktorpun tak tahu. Tapi dia orang tak nak release sebab bila suhu hampir turun, tiba-tiba naik semula bila petang. Serius, aku tak makan langsung waktu tu, hanya bergantung kepada air yang dimasukkan melalui drip. Finally, bila suhu mencecah normal, aku terus minta balik walaupun doktor nak observe satu hari lagi. Gilalah aku duduk di wad yang macam-macam virus mungkin berterbangan. Baik aku rehat di rumah sahaja. Kalaulah aku continue tak makan masa tu, mungkin berat aku banyak turunkan, kan. Anyway, I hope aku tak masuk ke hospital lagi. Dan dijauhkanlah dari berbagai tiub dimasukkan ke badan aku. Masuk drip pun aku sudah tak selesa. Oleh itu jagalah kesihatan kita.

Monday, March 19, 2012

Singgang Ikan

Ini lauk tradisi Terengganu. Semua orang boleh buat. Aku letak ajalah resepi.

Dan memang aku masak simple-simple aja untuk makan sebab sibuk mengulang kaji.

Singgang Ikan


Bahan-bahan

5 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci Lengkuas - dihiris atau diketuk
1/2 inci kunyit - dihiris nipis-nipis
sedikit ketumbar (hanya kalau kalau guna ikan tongkol; anggaran 1/2 sudu bagi 4 ketul ikan tongkol)
sedikit belacan
asam keping
garam/gula.
5 ekor Ikan kembung
cili padi.
nota : sesetengah orang letak juga bawang merah yang dimayang.

Cara-cara

Kesemua bahan dimasukkan dalam periuk yang berisi air.
Masakkan sehingga mendidih
Bila mendidih, kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih.

Bila masak, bolehlah dihidnagkan bersama-sama sambal belacan atau budu.

Sunday, March 18, 2012

Resmi Padi, Semakin Tunduk, Semakin Berisi

Sebenarnya aku sedih juga berpisah dengan lecturers yang work so hard untuk compress all information in such a short time in order to prepare us for the exam. Tak terbalas budi mereka but at least we could make them happier if we passed the exam, right. 

Tetapi apa yang aku nak share ialah my feelings yang I rasa sepanjang mengambil kelas ini. Satu, kalau kita nak sambung belajar, cepat-cepatlah buat sebelum usia mengejar kita. Mungkin daya ingatan semakin lemah. Aku dulu sibuk nak mengejar kekayaan hingga lupa jika ilmu kita banyak, kita lagi kaya. Get me? Lagipun semangat belajar masih adakan, yalah macam baru fresh from the oven, begitulah kita sebagai fesh undergradskan. However, having said that, it is never too late to study. Kadang-kadang usia yang semakin matang akan menjadikan anda lebih bersungguh-sungguh terhadap study. 

Saturday, March 17, 2012

Singgang Asam Pedas

Sibuk nak exam, tak boleh main-main dah. Laparpun, masak something yang simple. Aku masak banyak sekali gus. Panaskan sahaja.

Singgang Asam Pedas


Bahan-bahan
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit kunyit
lengkuas
cili boh atau lada yang dikisar
Daun kesum
Bunga Kantan
5 ekor ikan Kembung saiz sederhana(bolehlah diganti ikan lain)
asam keping
belacan, garam dan gula(sedikit sahaja)

Cara-caranya

  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, kunyit dan lengkuas serta lada (jika tidak menggunakan cili boh).
  • Masukkan air secukupnya.
  • Tambahkan daun kesum, bunga kantan, asam keping, belacan, garam/gula serta ikan kembung.
  • Tunggu hingga mendidih.
  • Kecilkan api dan biarkan hingga mereneh seketika.


Senangkan. Simple dan menyelerakan.




PERSONA WUE 3354 YANG HAMPEH

Aku nak share our experience dealing dengan sikap "selfish" sesetengah drivers di Malaysia. Paling ketara bila sampai bab-bab susah nak cari parking kat Malaysia. Kerajaan Malaysiapun satu, kerja dia asyik approved bangunan without ample parking. Nak suruh pakai public transport tapi hampeh, apalah yang mereka buat untuk ensure efficient public transport. Aku nampak golongan tertentu aja yang duk dapat durian runtuh. Kalau pekerja swasta ni, bukan semua yang bernasib baik dapat good perks unless kerja dengan syarikat minyak.

Sebelum melalut, hari tu adik aku sekeluarga singgah sekejap di IJN sebelum ke Jerantut. Nak visit my uncle itulah. 2 round pusing sambil mulutnya berzikir ar-Razak, dengan izin Ilahi, dapatlah parking. Rezekinya, tak sampai setengah jam berpusing dalam parking tu. Aku dulu, duduk dalam kereta 1 jam menunggu parking sampai habis sebungkus nasi lemak. Nak block orang, nantikan susah orang pula. Bimbang nanti diapakan kereta aku...hehehehe. Sayang, instalment tak habis lagi woi...tak sampai setahun lagi.

Friday, March 16, 2012

Ringkas Tetapi Padat Penuh Bermakna

Hari ni boring ngadap buku, aku blogwalk, ala yang mana aku followlah. Saat genting ni tak boleh nak blogwalk sebebas hatikan.

Masuk blog ni, mata aku terus tertancap diskrin. 1001 perasaan dan peristiwa tergambar diminda. MasyaAllah, berapa banyak dosa yang aku lakukan samada sengaja atau tak disengajakan sedangkan kita hidup ini untuk mencari keredhaannya dan kebahagiaan di akhirat. Terima kasih Shiema.


Tersentuh sangat dengan peringatan ini. Sama-samalah kita mencari keampunan di atas kekhilafan yang lalu. Blog adik ni cukup menarik dengan mutiara kata yang ringkas tetapi cukup berkesan.

Silalah ke blog ini: Shiema Sufian (klik sini)

Dr Muhaya - Hijrah Yang Dituntut


Aku tertarik dengan katanya bahawa kita berhijrahlah kerana Allah S.W.T.  Bila kita berhijrah kerana Allah, perkara yang perlu dilakukan bukan;ah terpaksa tetapi kerana kita menyayangi Allah S.W.T. Betul tak bila kita bercinta, kita sentiasa ingin menggembirakan yang tercinta. So kalau Allah S.W.T menjadi Yang tercinta, sudah pasti kita akan melakukan sesuatu perkara kerana Nya.

Beliau juga menyentuh tentang kemuncak hidup. Kemuncak hidup kita menurutnya bila kita meninggalkan alam ini (mati) dan menuju alam Barzakh. Menarik beliau menghuraikan betapa jika kita mementingkan pandangan manusia, kita akan stress tetapi sekiranya kita mementingkan pandangan Allah S.W.T, kita akan redha dan tenang.

Dengarlah, semoga sama-sama mendapat manfaat. Banyak lagi yang disentuh untuk panduan kita berhijrah ke arah yang benar.

This is for you, Mr V


Yes, I did miss him but got to move on. If you know it was wrong, you must resist the urge. Love is not enough to continue this charade but loving him also stop me from hating him. Coz he always be the shoulder that I lean on whenever I am in trouble. Still it is not enough when the trust starting to dissipate away.

Exam is around the corner and this make me miss him even more. If he is around, he would encourage me and make sure I am ready for the exam. Well, no good luck this time around. I am thinking, why can't we just continue being friend? Is it forbidden for man and woman to be friend after the break-up?

I still love you and I won't kill this feeling. But it is better for us to be friend. Yeah, and my guess it is your wish too, right?  Anyhow, your other life won't fit in our life together. Oh! Better stop thinking about him and go back to my study.

Thursday, March 15, 2012

Jon singgah makan di Ikea

Balik dari IJN, kami singgah di Ikea sebab anak saudara aku tu nak makan di sana. KL ni ada banyak tempat makan best-best samada western or seafood or Malay yang mana tidak ada di Terengganu. But in Terengganu, you can find other nice eateries too. Cuma mahu cuba yang enggak ada di sana. Ikea restaurant  ni sediakan Swedish dishes.

Kami pergilah ke sana. Yang aku suka ialah the big portion at reasonable price with refillable soda drinks. Seronoklah. Kami order 5 plates of chicken chop, 3 plates of 20 pieces meatball and 2 plates of poached salmon with chives. Wawan ambil satu brownies. Harga murah betul. Cuma bila musin cuti sekolah ini, meja susah nak dicari dan panjanglah queue. Sementara tunggu dorang queue, sempatlah aku pergi solat. Balik solat tu, dorang masih beratur. Anyway taklah sampai setengah jam. The system is good.

Makanan banyak tetapi kami cuma 7 orang : 5 adults dan 2 kids. My dear angel, Ain tak habispun her chicken chop which I knew sebab banyak kali aku bawa dia keluar makan but both princess and Ain cuma nak main-main sahaja, makan itu secondary. Sedaya upaya kami cuba habiskan, at the end, kami cuci paper glass dan put leftover meatballs and fries inside. Surprise, Wawan said he is full. Tak heranpun. Apa taknya, he grabbed 2 packets of sandwich masa di IJN dan habiskan by himself plus 1 packet (5 pieces) of putu bambu.

Finally Good News


Kelmarin temankan adik aku sekeluarga yang singgah sekejap di sini untuk melawat my uncle di IJN. Yes, ada two good news. Another uncle (my mon's youngest brother) sudah menjalani endiogram and doctor said he is fine. Now, he is resting at home dan cannot drive for 2 weeks. Rasanya yang lain-lainpun yang memberatkanpun tak boleh dibuat lagi for 2 weeks. Normallah sesudah menjalani endiogram.


2nd good news, my uncle who is warded at IJN is getting better. Sudah tak groggy but still kena undergo dialysis treatment. Masa ku tengok semalam, the breathingpun okay. Taklah nampak termengah. Mukapun nampak macam biasa. Pucat a little bit. Doktor still monitoring his platelet dan jua BP sebab nak tau samada bleeding still ada dalam perut. Hari ini, boleh called my auntie to get latest update. Dengar khabar, kelmarin nurse kata sudah boleh pindah ke normal ward. Hope it is true.

My mom bolehlah datang jenguk adik dia. Mestilah dia teringin tengok, membesar bersama-sama dan selalunya rumah aku transit dorang sekeluarga bila time raya dulu-dululah. Tambahan pula sudah agak lama dia tak jumpa selepas Aidil-Adha last year. Risaupun sememangnya, bukan demam biasakan. Lagipun sekarang ni pakcik aku terpaksa bergantung kepada dialysis kerana buah pinggangnya rosak.

Best Putu Bambu

Kami terjumpa semasa hendak ke IJN. Bisan dengan Jalan TunRazak yang jam di kala menuju ke IJN, kami tukar route dan melalui lorong di sebelah Medan Raja Muda Musa (Kampung Baru berdekatan HKL).

Cuba putu bambu ni, terus addicted. Cepat habis, ada masa kami datang pukul 5 lebih, sudah tak ada. My sister kata lawat orang sakit tetapi kita pula bertambah "sihat". Yalah, duk tibai nasi lemak CT Gardenlah, putu bambu, semua yang gunakan kelapa as base dan manis(putu bambulah, bukan nasi lemak(. Itupun aku kata tak cukup manisan dalam putu bambu ini. However this putu berbeza kerana warna hijau, bukan warna putih. Tak kisahlah. Rasanya a little bit lain but tasty. Thumbs up. Dua-dua thumbs.

Layan gambarnya



Tuesday, March 13, 2012

Gaji Staff Baru Lebih Tinggi

Sebenarnya inilah antara isu yang sering diperkatakan setiap kali ada staf baru menyertai sesuatu syarikat. Memang betul isu gaji adalah sesuatu yang sensitif tetapi malangnya ada juga yang suka mencanang sana-sini tentang gaji seseorang.

Jika kita merasa majikan telah berlaku tidak adil kerana memberikan gaji yang lebih tinggi kepada staf baru berdasarkan temuduga, pengalaman dan sijilnya, apakah yang perlu kita lakukan.

Sesuatu yang positif adalah kita perlu meneruskan kerja kita dengan lebih cemerlang semoga disedari oleh majikan. Tetapi adalah salah jika kita tidak bekerjasama dengan staf baru dan menjadikannya "punching bag" untuk melepaskan kekecewaan anda. 

Dan jangan sesekali mengungkit gaji banyak sebagai alasan untuk staf tersebut membuat kerja banyak dan menumpukan masa yang lebih kepada kerja berbanding anda. Ini tidak akan menjadikan anda sebagai hero, sebaliknya akan menjatuhkan lagi nilai anda di mata ketua anda. Anda akan kelihatan seperti seorang yang cemburu dan sentiasa iri hati pada staf lain.

Jika masih tidak berpuas hati, cubalah berbincang dengan bos anda secara elok. Usah dipulaukan atau kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pekerja baru. Jika tidak mendapat ganjaran sepatutnya dari syarikat, InsyaAllah anda akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. Jadikan ini sebagai kemuncak hidup kita sebagaimana kata Prof. Muhaya.

Monday, March 12, 2012

My BF's New Single


Sorry ya, tiba-tiba akak terlupa umur akak bila aja melihat klip video Climax dari Usher. Seronoknya, his new album coming out, that's meant more news on him.

Ooops, mode gatal lah pula. Apa-apapun, layanlah ya.

Guess who I bumped into at IJN?

My sister called me. Of course I did not pick up as it was in silent mode. Yes, I was in law class - our last day in class. Now we are on our own to study for exam. Not really, as lecturer gave us his phone no and email should we have any questions. I am glad I made it to business law class this afternoon as there are so many useful tips especially on answering questions. But of course, I skipped tax class this morning, overslept. No other reason, put stop.

Back to my sister's call. Apparently my uncle is getting better and he had his first meal (porridege) after the endiogram. Walaupun kelmarin aku beritahunya aku tidak boleh datang kerana exam, aku teringin juga hendak melihatnya dalam better health state. He looked much, much better. And yes, I met my eldest sister's kids there. Then, her eldest told me to go down as her other siblings are waiting for their turn.

Datuk Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan.

Sambil study, sambil update blog, sambil tengok All-England.

Sedihnya, Lee Chong Wei terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Lin Dan kerana kecederaan dibahunya. He's done good dalam game pertama. Tetapi game ke dua terpaksa ditamatkan pada mata 2-6. Comentatorpun dah banyak kali berkata mungkin game akan dihentikan lebih awal berdasarkan raut wajah Chong Wei yang kesakitan.

But it is a wise decision considering olympic game is coming in July 2012. Diapun sudah mendapat rawatan tetapi pain persistent. Kalau teruskan, mungkin cedera berlarutan dan akan mengganggu persiapan untuk ke Olimpik. Lagipun beliau belum pernah memenangi sukan Olimpik.

May Lee Chong Wei recovers soon. Akupun faham mesti beliau kecewa as dia telah sampai ke tahap ini tetapi melihatkan wajahnya menahan kesakitan, beliau terpaksa mengambil keputusan setelah merujuk kepada doktor.

Datuk, jangan sedih. Mungkin pingat Olimpik akan menjaid milik Datuk nanti. Usaha lebih kuat.

My Small Cooking Nook




Itulah dapur aku di mana aku memasak. Kecil tetapi di sinilah tempat untuk aku mencuba resepi atau melayan perutku yang kelaparan. Kecil, senang dikemas. Nasib baik ada yard kat belakang yang aku convertkan jadi wet kitchen tapi ngam-ngam untuk letak singki aja. Tak apalah, sekurangnya ada tempat extra untuk simpan barangkan.

Bersyukurlah dengan apa yang adakan.

Sunday, March 11, 2012

Lembut Dalam Kehidupan - Prof Muhaya


Motivasi ini menekan sifat lemah-lembut yang perlu diterapkan dalam setiap insan. Dalam ini dihuraikan tentang apa itu kelembutan, macamana mendapati dan manfaat dari kelembutan,  penggaulan sesama insan,  perbezaan antara sopan-santun dan lembut dan sifat serta pembentukan tabiat dalam Islam. It is good for parents to listen and develop good tabiat for the kids.

Antara petikan dari ceramah Prof Muhaya ialah: 

Mengikut Prof Muhaya, 4 sifat yang bagus mesti ada setiap hari :-

1.       Sentiasa menghormati semua orang
2.       Lemah Lembut
3.       Baik dengan  orang tanpa mengharapkan balasan
4.       Sentiasa bertanya apakah manfaat yang dapat diberi kepada semua orang.

Marilah bersama kita lakukan, semoga mendapat keberkatan dalam kehidupan kita.

Enjoy listening. Semoga kita semua mendapat berkat.

Saturday, March 10, 2012

Bagai Pinang Dibelah Dua


Betul-betul ketinggalan keretapi. But of course, I know about their wedding tapi tak sempat nak tengok video dorang di youtube atau rancangan di Astro pasal dia orang. Gambar-gambar tu adalah bila aku masuk Beautifulnara dan rotikaya.

So, hari ni, aku sibuk mencari video dorang di youtube. Nasib baik yang aku miss di Astro tu ada juga diuploadkan di situ.

Asyik melihat pasangan sama cantik, sama padan ni. Sebagaimana Erra yang telah berbahagia disamping Engku Emran dan anak mereka, aku doakan agar yusry juga menemui titik kebahagiaan dengan Lisa Surihani. Semoga cepat dapat baby. 

I like their post wedding video. Sempoi tetapi menarik.

Friday, March 9, 2012

Syukur

Alhamdulillah. Apa lagi yang perlu kuucapkan. Pak cik aku beransur pulih.
Pagi tadi, dia sudah menjalani endoskopik. So doktor sudah dapat mengesan bleeding spot dan telah menutup lukanya. Cuma tinggal buah pinggang sahaja yang perlu dijalani dialysis dan juga tekanan darah.
Cuma tak faham apa yang dari 30% menjadi 5% buah pinggang : rosak atau semakin baik, tak jelas.
Anyway, kalau dia sudah okay, bolehlah balik ke wad biasa yang mana dia mungkin selesa sedikit.
Tetapi yang pastinya pak cik aku ni mesti tersenyum setiap kali melihat adiknya.
Melihat keadaan pak cik ini, aku rasa aku perlu peka kepada kesihatan aku.

Fiske Steakhouse

Last Saturday, kami lawat pak cik kami yang masih berada di IJN. Balik dari sana, kakak ajak kami singgah makan di Fiske Steakhouse. 

Tempatnya di food court, AU2, Keramat berdekatan dengan kilang-kilang dan juga roundabout.

Makanannya sedap dan harganya berpatutan. Kalau nak duduk dalam aircond, memang ada disediakan, cuma tempatnya limited. Kat luarpun ada juga tapi terdedah. Tempat limited dan parkingnya juga sesak.

Cuma yang kurang bestnya waiter/waitress yang nampak tension semacam menlayan karenah pelanggan. Ada sorang tu langsung tak tersenyum. Dan kami terpaksa menunggu hampir 15 minit setelah membayar harga makanan untuk membungkus makanan dan juga extra sauce.

Walaupun begitu, bolehlah mencuba.

Nasi Lemak CT Garden

Ingat tak aku cerita pasal nasi lemak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman tetapi aku lupa nama kedainya. Lepas melawat pak cik aku malam kelmarin, aku dan kakak aku singgah makan nasi lemak di sana. Sudah hampir pukul 2 pagi, banyak lauk yang sudah habis. Nasi lemak pula sudah siap dibungkus pada harga 80 sen satu. Atau boleh juga meminta nasi lebih. Malam tadi, sekembalinya dari IJN, kami singgah lagi tetapi kali ini pak cik aku sorang lagi dan isterinyapun join sama. Pak cik aku makan 4 bungkus.

 Terletak di belakang dewan Sultan Sulaiman. Masuk melalui Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru

 Lauk-lauk cuma tinggal sedikit lagi sebab sudah pukul 2 pagi.

At IJN again

Petang ini kami pergi menjenguk lagi pak cik kami di IJN. Alhamdulillah, dia sudah sedar tetapi masih lagi lemah.

Kami diberitahu both kidneys damaged, so kena continue dialysis. But damage might happen quite some time, so badan dia dah adjust pada pain. That's why doktor kata dia tak merasa kesakitan disebabkan kidneynya.

Dan doktor masih cuba mengesan spot bleeding dalam perutnya. Diharap dapat dirawat kerana pada masa yang sama, doktor memberinya ubat cair darah. Dari endiogram yang dijalankan, 2 salurannya sempit dan satu lagi tersumbat. Jadi yang tersumbat telah ditembak.

Esok pak cik akan menjalani pemeriksaan di HKL. Akupun tak pasti untuk apa tetapi selepas itu, dia akan kembali semula ke IJN.

Semoga Allah S.W.T menyembuhkan penyakit pak cik aku dan mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Thursday, March 8, 2012

News From IJN

Dalam pukul 10.30 pm semalam, dapat berita yang pak cik ku dalam keadaan kritikal selepas menjalani endiogram. Aku jemput kakak aku di rumah dan dalam pukul 12 am, kami sampai di IJN. Pakcik aku dan keluarga sudah menunggu di sana bersama isteri pakcik aku dan anaknya. Tetapi disebabkan doktor masih melakukan suatu proses, kami menunggu di luar sehingga dalam pukul 1 am, barulah boleh menjenguk. As per perocedure, kami masuk dua demi dua, agaknya supaya tak mengganggu patient lain.

Sebenarnya, dia tidaklah di dalam kritikal, cuma ada beberapa komplikasi yang menyebabkan dia diletakkan di CCU untuk observation. Dia dalam keadaan sedar dan boleh bercakap. Keadaan buah pinggangnya yang dikatakan teruk dan mungkin stress atau resah selepas endiogram, dialysis tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Tambahan pula ada pendarahan dalam perut yang tidak dapat dipastikan puncanya. Selepas endiogram, doktor memberikan ubat untuk cairkan darah supaya tidak berlaku clogging tetapi disebabkan masalah pendarahan dalam perut, doktor berjaga jugalah. Semasa kami sampai, isteri memberitahu yang 2 paket darah telah dimasukkan.

Wow, PG dapat keja baru

PG, Selamat bekerja ya.

Akak kesibukkan, banyak urusan yang perlu diselesaikan. Tak boleh nak call.

!st 2 weeks training, diharap training sempoi-sempoi, jangan sampai PG sentap ok.

Chaiyo! Chaiyo! Kuatkan semangat.

Page Untuk Menu Tab

Hah...akhirnya menjadi juga Menu Tab aku ni. Thanks to blogger Lyssa Faizureen, faham jugalah aku ni. Dah jauh berumur, pelanlah sikit faham. Baru hari ini celik mata memahami.

Kalau perasan, dulu bila diklik aja tab resepi tu, tak ada apa-apa berlakukan. Tak, apa, sekarang ni menu tab tu dah berjaya dicreatekan. Seronokkan bila dapat ilmu baru. Nasib baik ada bloggers yang sudi berkongsi ilmu. Semoga ilmu ini dimanfaatkan untuk kebaikkan dan didoakan agar Lyssa beroleh pahala setiap kali ilmu ini berterusan digunakan dan disampaikan.

Kalau berminat, boleh kunjungi tutorial Lyssa ini. Banyaklah topik yang dibincangkan. Pilih sahaja yang mana berkenan.

Wednesday, March 7, 2012

Bihun Calong

First time makan mee calong masa visit kawan di Kemaman dalam tahun 2009 rasanya. Dia bawa aku ke Kuala Kemaman di mana banyak makanan berasaskan ikan yang dijual di sana. Tapi calong tu biasalah makan. Mak aku suka buatkan calong dan masukkan dalam tumis air sayur. Mesti banyak calong dibuat sebab aku suka meratah.

Last Saturday, aku buatlah bihun calong. Selalu mak aku gunakan ikan selayang (sardin) tetapi kali ini, aku malas nak deal dengan ikan kecil ni. So aku gunakan sekeping ikan tenggiri dan sekeping ikan tongkol. Rupa-rupanya ikan tenggiri ni melekit sedikit bila hendak dibentuk tetapi ikan tongkol senang sikit dibentuk. 

Bawah ni, aku sharekan resepi bihun calong aku. Untuk mee calong, kita tak semestinya guna mee saja. Boleh juga digunakan bihun, kuew tiaw, mee lidi atau apa-apa saja. Macaronipun boleh digunakan.



Tuesday, March 6, 2012

Harga Sebuah Pembangunan




Kelihatan dari balconi rumah, barisan rumah-rumah teres mengganti pokok-pokok kehijauan. Semasa kempen jualan rumah, salesman berkata pilihlah this countryside view sebab pokok-pokok menghijau, nyaman mata memandang. Akupun okaylah, sejuk aja rumah aku. Tapi Tipah tertipu rupanya. Pokok-pokok ditebas kesemuanya. Sekarang ni panas. Tapi kalau aku nak marahpun, mesti orang asli yang pernah mendiami kawasan ini lebih terasakan bila tanah mereka diratakan dan dibersihkan untuk sebuah pembangunan. Mesti mereka merindui suasana dulu ya. Aku gambarkan mesti indah berada di perkampunga yang dikelilingi pokok-pokok menghijau, bukit-bukau dan tasik-tasik kecil.

Monday, March 5, 2012

Hujan, Angin, Guruh dan Kilat


Ada masa hujan lebat, angin begitu kuat. Kalau malam, mau rasa seram juga dengar tiupan angin. Dulu-dulu, orang tua berkata syaitan sedang ditembak kalau guruh berdentum. Begitu juga kilat, itulah kerlipan dikala syaitan dipanah.

Memang aku takut kilat. Takut kena panah. Aku rasa amal aku belum cukup lagi sebagai bekalan di alam barzakh nanti. Kalau sorang-sorang dikalau hujan-ribut ni, aku akan bersembunyi di hallway. Tetapi bila PG ada, aku berlagak sebab dia penakut. Tengok tvpun dia takut. Bila dia buka langsir untuk cek samada sliding door sudah ditutup, aku sergah dia. Geli hati tengok dia terkejut. Dalam samseng tu, penakut juga.

Pening dek Penyewa

Letih kadang-kadang melayan karenah tenant. Akupun pernah menjadi tenant tapi kita duk elok-eloklah sebab rumah orangkan.

Hari ini, anak buah aku finalize everything dengan tenant dia. Suami dari Nigeria dan isteri Malaysian Indian. Kesian, akupun luangkan masa untuk settle.

Simamat tu tak bayar air dan letrik dari bulan Julai lagi. Sibuk dia duk beritahu pasal utilities deposit dia sebanyak RM400 sedangkan bil air RM235 plus bil letrik sehingga Dec 2011 sebanyak RM542. Dia tunjuk notis tunggakan bertarikh 12 Dec sebanyak RM361. Aku beritahu yang bil tu belum termasuk December 2011.  Dari tarikhpun, kita boleh tahu. Nak suruh offsetkan which aku tak setuju sebab bil Januari dan Februari this year belum lagi dapat bil.

Sunday, March 4, 2012

Pan Mee Masak Tomyam Ketam


Hari tu aku masuk blog Ceeramon. Tengok dia duk bercerita pasal makan ketam. Nasi goreng ketam. Terliur juga.

Kebetulan, aku ada beli ketam, Dalam almari tu, ada pan mee.

Bahan-bahan lainpun ada, apa lagi masak tomyam ketam lah.

Seperti biasa, masakan aku simple memanjang. Sesuai untuk orang bekerja.

Pan Mee Masak Tom Yam.
Bahan-bahan

3 biji bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dihiris bulat-bulat
Segenggam cili padi (ikut nak sepedas mana) - dipotong kecil-kecil
2 sudu besar cili lumat
Sehiris lengkuas (dalam 1/2 inci) - diketuk sahaja
2 batang serai - dititik
5/6 helai daun limau purut
minyak untuk menumis
2/3 ekor ketam
isi ayam
kaki ayam atau rangka ayam (untuk mendapatkan manis)
sotong/fishball/fishcake
2 biji telur
sayur seperi kobis, bunga kobis dan tomato
jus limau nipis secukup rasa
garam dan gula

Cara-caranya

Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi, cili lumat, lengkuas, serai dan daun limau purut.

Bila sudah naik baunya, masukkan air secukupnya.

Masukkan kaki/rangka ayam, isi ayam, ketam dan sotong.

Bila sudah mendidih, masukkan telur ayam. Bila masak, masukkan sayur serta fishcake dan fishball,

Masukkan pan mee. Bila sudah empuk, masukkan garam dan gula.

Tutup api. Masukkan jus limau nipis.

Saturday, March 3, 2012

Nasi Anika Rasa


Sebenarnya hari tu, aku teringin nak makan nasi goreng. Lepas tu teringat masa muda-muda dulu (masa students), selalu juga makan nasi ayam yang digoreng. Memanglah marvelous.

So, apa lagi, akupun boillah kaki ayam, tulang ayam, nak buat stock dia. Dah ada stock, bolehlah masak nasi dengan air tukan. Tiba-tiba teringat nasi telur yang selalu kakak aku buat. Selalu makan dengan goreng ayam berlada, rasanya. Dah lama dia tak buat.

Hah, ada idea, so semua tak menjadi. Aku cipta resepi baru. Ahaks...cubalah kalau teringin. Simple and marvelous.

Nasi Anika Rasa


Bahan-bahannya

2 pot beras
Stock ayam (rebuskan kaki ayam dan tulang ayam. Boleh juga digantikan dnegan isi ayam)
2/3 ulas bawang putih
4/5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
2/3 kuntum bunga cengkih
sedikit bunga lawang
(asalnya aku letak buah pelaga tapi kakak aku cakap buah pelaga tu untuk nasi minyak)
Minyak untuk menumis
Daun pandan
isi ayam, hati dan pedal ayam - dipotong dadu
3 biji telur - digoreng dadar dan dihancurkan.
mixed vegetable
garam dan gulal secukup rasa


Cara-caranya

Isi ayam, hati dan pedal ayam digoreng dalam minyak sedikit. Bila sudah masak, ketepikan.

Gunakan minyak tadi untuk menumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk.

Bila naik bau, masukkan beras. Goreng sebentar dan bila beras tu panjang, bolehlah dimasukkan air rebusan ayam (stock) itu.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga daun pandan.

Bila air sudah kering, masukkan isi ayam,hati dan pedal ayam serta telur. Kemudian masukkan mixed vegetable. Gaul rata-rata.

Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.

Bila masak, bolehlah dihidangkan dengan cili padi yang dipotong kecil-kecil dalam kicap.

Kalau suka, bolehlah dihidangkan juga dengan acar timun dan sambal tumis bilis dan ayam goreng berempah.

Friday, March 2, 2012

Do we have a choice?

Duduk sorang-sorang sambil memandang keluar, teringatlah aku satu perkara.

Tapi kalau ada yang terasa, sorrylah ya. Bukan nak mengata sape-sape, akupun sama juga.

Selalu kita dengar kadang-kadang orang tua mengeluh, "kenapalah aku dapat anak macam ni."

Sianak pula berkata, "aku tak minta dilahirkan di dunia. Kenapa tak bunuh aja masa lahir?"

Manakala adek-beradek pula merungut nak abang atau kakak dengan criteria masing-masing.

Tetapi maaflah kita memang tidak ada pilihan dalam soal ini. Cuma satu aja pilihan yang ada iaitu cuba mengubah situasi menjadi sesuatu yang lebih menyenangkan. Belajar to forgive and forget. Sayangilah mereka ini kerana kasih-sayang bermula dari rumah. Walaupun ada masa adek-beradek aku menaikkan darah aku sebagaimana aku pada mereka, tetapi begitu sunyi tanpa berita dari mereka. Sebab kita sudah sebati bersama, sebab mereka adek-beradeklah, mereka menjengkelkan kerana mereka kenal kita dari kecil 

Cucur Yang Tak Menjadi


Itulah rupa cucur yang tak menjadi.

Terukkan kalau buat cucurpun tak pandai. Nampak macam okay tapi nampak juga banyak menyerap minyak.

Bila telan, rasa geli-geleman. Frust tau, beria-ia aku letak air rebusan daging, daging sekali, mixed vege dan juga ubi kentang dipotong dadu.

Kebetulan aku bancuhpun separuh bungkus tu. Banyak tu. Separuh aku simpan lagi dalam freezer. Bila ada keberanian nak makan, aku gorenglah. Teringat adik aku yang bongsu selalu suspens bila aku main masak-masak hujung minggu. Masa tu dia tinggal dengan aku/ Entah menjadi, entah tidak. Takut macam nak dapat hukuman maut gayanya.

Nak buangpun sayang juga cucur tu, rencah banyak juga, telan juga pelan-pelan.

Tak boleh nak challenge cucur di blog Home Sweet Home. Sungguh memalukan. Kalau malu, tak ada keluar blog pula. Sungguh menyedihkan.

Thursday, March 1, 2012

Bubur Menjadi Ais Krim

Hari Sabtu tu aku buat satu periuk bubur pulut hitam. Teringin. Dulu teringin nak makan bubur kacang hijau tapi hampa sebab hangit. Bubur tak dapat makan, tangan dapat lenguh dek menggonyoh bontot periuk yang hangus.


Farahpun nak datang, bolehlah aku kirim pada mama dia. Tiba-tiba, Farah pula ada hal dengan kawan dia. Sibuk urusan penjualan shawl dia itulah. Nak tahu, bolehlah tengok di blog dia The Shawl Hub

Banyak sangat bubur ni dan akupun malas nak pergi sana-sini hantar bubur, aku buat ais krim ajalah. Nak makan kesemua bubur ni by myself, mesti tak habisnya.


Ini mesti rebonding, kan?

Bila tengok orang sibuk rebonding rambut atau advertisement rambut panjang lurus, teringatlah citer klasik aku dengan Mr V.

Udah lebih 5 tahun berlalu. Aku memang pakai tudung tapi ada masanya terdedah juga rambut depan Mr V. Begitulah jahilnya aku ni kan. Aku cuba walaupun kadangkala di rumah, aku terlupa pakai tudung bila angkat baju di jemuran. Tu time balik kampunglah. Dah biasa kat sini, bakcony kita tak clear sangatkan.

Anyway, bila tengok cousin aku buat rebonding dan senang aja rambutnya diurus, akupun terliur samalah.
Rambut aku ni senang je kusut.

So, satu hari, aku gi saloon, rambut. Oh ya, Mr V ni standardlah, tak sukke kalau kita rambut pendek. Nak kerintingke, lurus ke, ikutlah. Tapi aku tak kisah sangatlah pasal ni sebab bukan kita isterinya. Bukan untuk dia tengok, more for my satisfaction. Lagipun bukan selalu terdedah rambut pada dia.

So, aku buatlah rebonding. Rambut aku trim sikitlah. Masa tu rasa cam class gitu. Buat macamanapun, rambut tak kusut.

Petang tu Mr V sampai di apartment aku. Kiranya nak ambil aku keluar pergi makan.

Buka aja pintu, aku pun dengan suara ala-ala manja pun menunjukkan rambut rebonding tu. Rase seronok, nak tunjuk kat dia. Ingat dia pujilah.

Nak tau apa reaksi Mr V?

Mula muka dia blank, lepas tu dia gelak tak berhenti. Aku dah rasa semacam.

Dah habis gelak dia kata, muka kelakar sebab rambut nipis tak sesuai dengan muka yang besar.

Menyampah aku. Walaupun aku suka bila rambut aku dibuat rebonding, aku dah tak buat lagi. Untuk membalas di atas humiliation, aku memotong pendek rambut aku. Kali ini muka dia berubah tapi kemaafan itu tak diterimalah. Mahal tau rebonding, nak nak bila rambut panjang.