Agak lama tidak mengemaskini blog ni. Dilanda kesibukan, tambahan sekarang bekerja di syarikat yang besar dan penuh dengan peraturan. I mean small companypun ada tetapi senang sikitkan...if you get what I mean. Senang juga sesekali nak buat macam syarikat sendiri.
Tetapi terharu juga tengok Hush dan Rapunzeel masih sudi menjenguk walaupun tuan punya blogpun sudah lama menghilangkan diri.
Segment hari ni, segment kelako. Kalau keluar dgn PG, ada aja citer kelako. Aku pula cuti dan diapun, apa lagi, bersama-sama cuti. Sepatah kata aku, orang macam kami berdua ni perlukan seseorang untuk menanggung hidup kita sebab tuan punya badan malas kerja. Tetapi kalau ada suami, kena bekerja pula menjaga rumah. Lagi penat menguruskan rumahtangga compare to kerja ofis.
Hari ni kami pergi ke CIMB sebab si sengal PG tu tertinggal kad ATMnya di salah sebuah machine. Kena buat barulah. Sesudah itu, aku terus tunjukkan jalan ke Groupbase restoran. Kat sini, food sedap at reasonable price. But kuih nyonya I still prefer at satu kopitiam di One Utama. I forgot name, dah senja ni, asyik pelupa aja.
Nampak aja Groupbase, PG terus ajak breakfast sana. Aku ambil kuih. Tengok dia makan asam laksa dengan syoknya, aku pun panggil adek tu.
"Adek, ada soft-boiled egg? Akak nak 2 biji."
"Sini cuma ada half-boiled eggs, kak."
Aku nak tergelak dah. "Okaylah adek, bagi aja 2 biji half-boiled egg."